Assalamualaikum. Tarik nafas panjang2, kemudian hembus.
Masih bernyawa? Alhamdulillah. Mari teruskan membaca.
Pertama, aku tak sambut
Valentine Day atau nama pendek Vday. Saja ja letak kat tajuk bagi orang teringin nak klik (stereotype, sorry!). Dah tentu2 sebabnya ialah bukan salah satu perayaan dalam agama Islam. Kalau nak buktikan kasih sayang pada sesiapa pun, tiadalah satu hari sahaja yang istimewa (14 Feb). Setiap hari boleh. Dengan cara meminta dan
berdoa kepada Allah agar dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sipulan dalam melakukan kebaikan. Atau apa2 doa yang membawa kebaikan, insya-Allah.
Ada seorang sahabat,
Kamal (tak tipu, memang nama sebenar) mengajak aku untuk berkongsi dan bertukar-tukar ilmu berkaitan apa2 perkara ukhrawi. Terlintas juga dalam kepala kalau2 si Kamal ni nak bergurau dengan aku;
menulis tak pandai, ni pula nak menulis soal agama.
Tapi tak lama selepas tu (dalam 20 saat lebih kurang), bila fikir2 balik, rasanya ini peluang Allah nak beri pada Syazwan untuk membuat kebaikan. Tetapi dalam masa yang sama, juga sebuah bentuk ujian. yelah, nak menguji sejauh mana
keikhlasan niat untuk menulis dan berapa lama bertahan untuk
istiqamah.
Telah pun bermula minggu lepas, through facebook. Jadi kali ni merupakan entry kedua.
Untuk entry ke-2, aku nak meluahkan apa yang tersirat berkenaan kejadian yang berlaku di Syria. Bila kita membaca atau menonton video berkenaan nasib saudara2 kita di sana, sangat jauh bezanya dengan keadaan kita disini (mana2 tempat yang aman especially Canada dan Malaysia). Banyak sangat beza, tapi yang aku nak sentuh ialah kelapangan.
Dekat Fredericton ni semua senang. nak pergi sekolah senang, nak pergi makan senang, nak jumpa kawan senang, nak pergi buat jahat pun senang (
seriously). Tiada lagi halangan yang orang kata boleh betul2 menghalang kita buat sesuatu. Mungkin la sekali-sekala snow yang sangat tebal, mungkin boleh slow down kan aktiviti seharian kita, tapi still boleh berjalan macam biasa.
tapi bila kita compare dengan nasib saudara kita (mana2 negara Islam yang ditindas in general),
nak makan takut kena
tembak. nak pergi masjid takut kena
sembelih. nak keluar rumah takut anak perempuan
dirogol. nak bekerja takut nyawa
tergadai, nak duduk rumah, takut satu rumah kena
bom. fikir2 balik, memang tak terbayang ketakutan, kesempitan, dan kesusahan yang mereka alami.
persoalannya, sejauh mana kita ni bersyukur atas nikmat kesenangan hidup yang melimpah-ruah? adakah kita gunakan masa kita sebaiknya, atau kita banyak gunakan ke jalan yang sia2, atau lebih teruk ke arah yang salah.
kita sama2 jawab dalam hati masing2. mungkin kita tak berapa nak perasan yang sebenarnya kelapangan waktu itu pun salah satu ujian Allah nak turunkan kepada kita. jadi,
sejauh busy mana pun kita, mari kita sama2 luangkan sedikit masa untuk
bekalan di akhirat kelak. bila rasa terkepit dengan tugasan, lapangkan lah dengan memikirkan nasib orang lain yang lebih teruk dari kita. Insya-Allah, kita akan rasa tenang dan bersyukur.
sedikit sebanyak dari diri ini, tegurlah sekiranya ada apa2 kesilapan. yang baik dan buruk semuanya dari Allah, perbuatan yang kurang baik tu dari Syazwan. sekian.